You've successfully subscribed to KAKI.Tech
Great! Next, complete checkout for full access to KAKI.Tech
Welcome back! You've successfully signed in.
Success! Your account is fully activated, you now have access to all content.
Success! Your billing info is updated.
Billing info update failed.
AirAsia Unlimited Pass

AirAsia Unlimited Pass

Anaz Haidhar

Anda mesti terkejut dengan pengumuman AirAsia semalam. Ye betul. Unlimited pass untuk semua(?) destinasi D7 dan XJ kecuali 3 destinasi seperti ke Bali, Singapura dan Jeddah. Destinasi yang lain termasuklah destinasi ke China, Japan, South Korea, Australia, India dan ada beberapa lagi.

Info Pass

Pass ini sah untuk satu tahun dan tempoh booking dari 29 Feb 2020 - 16 Feb 2021. Tarikh akhir untuk penerbangan ialah pada 02 Mac 2021. Pass ini boleh didapati dari harga serendah RM499 di laman web AirAsia. Sesetengah orang mesti bertanya, ada lagi terma lain yang dikenakan? Setakat yang saya tahu, ini ialah terma lain:

  1. Cukai dan duti Airport masih perlu dibayar.
  2. Itinerary pelik seperti ke desitani multi-city tidak boleh diguna pakai.
  3. Embargo date, macam ketika tarikh-tarikh penting seperti waktu cuti tidak boleh digunakan bersama pass ini. Contohnya, penerbangan pada hari perayaan dan lain-lain.

Penularan Wabak COVID-19

Adakah ini satu pembelian atau pelaburan yang berbaloi? Bagi saya, ya. Walaupun sekarang kita sedang menghadapi wabak COVID-19, ini tidak bermaksud kita mencari nahas untuk travel ke destinasi seperti China, Japan dan South Korea. Anda masih boleh terbang pada hujung tahun, ketika (kemungkinan) wabak COVID-19 telah reda. Bagi saya, kalau hujung tahun terbang ke Japan, dan pada awal tahun terbang ke South Korea.

Tidak lupa, jika situasi di Australia terkawal, anda boleh menikmati penerbangan ke Australia dari Jun-August untuk menikmati southern winter. Untuk pengembara yang ingin melangkah setapak kehadapan, boleh book seperate flight dari Australia ke New Zealand at own cost lah.

Pengiraan

Hasil pengiraan dari ahli matematik yang tidak bertauliah dikalangan anggota badan dan KAKI, saya dapati dari serendah Rm100-200 untuk cukai (pergi dan balik), ianya masih lagi rendah.

Kuala Lumpur ke Jeju pada kadar RM499+RM144 (segala caj cukai/duti) tanpa sebarang addon yang lain, menjadikan harga tiket efektif RM643. Jika anda ulangi penerbangan yang sama pada waktu lain, tidak perlu masukkan RM499 (kos asal). Ini menjadikan penerbangan seterusnya pada kadar RM144. Murah? Ia sangat murah. Dua kali ke South Korea pada harga RM787. Kemudian anda boleh ke Australia dan destinasi lain.

Cuma tarikh kena pilih betul-betul untuk elak 'ketidak layakkan' (entah betul ke tidak Bahasa ini) seat tersebut. Juga, elakkan travel ke negara Oriental untuk masa terdekat melainkan anda kebal dari penyakit.