You've successfully subscribed to KAKI.Tech
Great! Next, complete checkout for full access to KAKI.Tech
Welcome back! You've successfully signed in.
Success! Your account is fully activated, you now have access to all content.
Success! Your billing info is updated.
Billing info update failed.
Android 10 Xiaomi A3 bermasalah?

Android 10 Xiaomi A3 bermasalah?

Anaz Haidhar

Baru semalam pengguna Xiaomi A3 bermeriah dengan kehadiran Android 10 yang telah lama tertangguh. Tapi hari ini, pengguna telefon bimbit dibawah program Android One itu terpaksa menangguh keceriaan akibat masalah pepijat.

Bagi yang tidak mengetahui, Android One merupakan satu program yang membekalkan experience vanilla android di peranti bajet serdahana dari hari pertama (sepatutnya). Ia seakan program Nexus untuk para pembangun mencuba Android terkini di hari pertama, tetapi lebih terbuka kepada umum.

Namun program yang digunapakai oleh Xiaomi ini tidak menepati pengalaman pengguna, iaitu kehadiran kemaskini yang agak lambat. Android 10 dilepaskan 6 bulan 4 hari lepas dan hanya pada harini ini ia kelihatan untuk para pengguna peranti dibawah program Android One.

Tetapi sedih, atas beberapa sebab dibawah, kemaskini Android 10 untuk Xiaomi A3 telah ditangguh sementara. Antara masalah yang dihadapi ialah

  1. Sensor cap jari tidak berfungsi
  2. Isu boot-loop (tidak boleh hidup dan tersangkut di paparan Startup)
  3. Aplikasi kamera tidak boleh dipakai

Kemaskini bersaiz 1305.5 MB itu merupakan satu malapetaka untuk pengguna kasual dan kini ramai pengguna terpaksa berpatah balik secara manual atau terpaksa menghantar unit mereka untuk diservis dan berpotensi untuk kehilangan data.

Adakah anda seoarang pengguna Xiaomi A3?