EA telah mengumumkan permainan battle-royale Apex Legend mereka akan hadir ke Steam dan Nintendo Switch pada musim luruh ini.
Apex Legend hanya tersedia di PC melalui Origin, Xbox One, dan PlayStation 4 sejak Februari 2019. Pembangun Apex Legends, Respawn mengatakan crossplay akan diaktifkan bersama platform yang lain. Ini adalah langkah besar untuk Respawn Entertaiment dan Electronic Arts, kerana EA akhirnya beralih ke Switch secara besar-besaran.
Coming Fall 2020 pic.twitter.com/nac6dtXTkK
— Apex Legends (@PlayApex) June 18, 2020
Apex Legends bukan satu-satunya permainan EA yang akan datang ke Steam. Titanfall 2, The Sims 4, Dead Space 3, dan A Way Out juga turut bersama Apex Legends di Steam.