You've successfully subscribed to KAKI.Tech
Great! Next, complete checkout for full access to KAKI.Tech
Welcome back! You've successfully signed in.
Success! Your account is fully activated, you now have access to all content.
Apple A13X Atau A14?

Apple A13X Atau A14?

Anaz Haidhar
Anaz Haidhar

Menurut beberapa sumber berita yang kami baca, Geekbench memaparkan hasil penanda aras dari prosesor yang tidak dikenali. Dikenali sebagai "[email protected]", frekunsi prosesor ini mencecah setinggi 3 GHz. Dikatakan  "APWL2" ialah variasi terbaru dalam barisan mikro prosesor dari Apple. Perbincangan dari beberapa portal berita dan forum online mengatakan ini mungkin prosesor terbaru, Apple A14?

Kiri A12X, Kanan A13X/A14?

Bagi kami, mungkin ini hanyalah A13X dan bukanlah A14 seperti yang diketengahkan di portal dan forum atas talian yang lain. Menurut markah di atas, ia bukan sesuatu yang biasa kita lihat.

Merujuk kepada markah satu teras, kenaikan dari 1110 ke 1658 ialah satu kenaikan yang agak tinggi, namun perbandingan itu ialah perbandingan dengan A12X dan bukanlah dengan A13 yang dibina menggunkan nod pemprosesan yang berbeza. Secara realistik, A13 menghasilkan markah setinggi 1330 untuk ujian 1 teras. Ini menjadikan "APWL2" hanya 25% di hadapan A13. Tetapi haruslah diingati bahawa "APWL2" diuji pada paras 3 Ghz berbanding A13 pada paras 2.65 Ghz, iaitu 15% kenaikan.

A12 dan A12X menunjukkan kenaikan setinggi 60% untuk ujian pelbagai teras. Tetapi, A12X jika dibandingkan dengan "APWL2", tidak ada kenaikan. Yang menariknya, bilangan teras lebih rendah, dari 8 menjadi 6. Namun disebabkan jumlahnya masih di dalam paras yang munasabah, ia tidak membuktikan bahawa "APWL2" jauh lebih efisen kerana ia di dalam paras markah A13.

Oleh itu, ini selari dengan kadar frekunsi yang agak tinggi, 3 Ghz yang hanya membantu menaikkan markah ujian satu teras. Kami merumuskan bahawa prosesor yang anda lihat dari ujian GeekBench yang tertiris ini kemungkinan besar hanyalah variasi A13 yang dinaikkan kadar frekunsi, dan ini hanyalah sampel jurutera dan bukanlah produk akhir. Ini mungkin Apple A13X.

Mungkin anda tidak faham penerangan diatas, tetapi apa yang boleh kami katakan ialah, markah GeekBench yang ditunjukkan tidaklah memberi bukti kukuh ini merupakan prosesor Apple A14 seperti yang dibincangkan di portal berita dan forum atas talian yang lain.

Apple dikatakan akan melancarkan iPhone bajet dan iPad baru hujung bulan ini, dan ini merupakan waktu yang sesuai untuk mengumumkan Apple A13X untuk digunakan pada iPad baru tersebut. Kita nantikan berita menyusul.