You've successfully subscribed to KAKI.Tech
Great! Next, complete checkout for full access to KAKI.Tech
Welcome back! You've successfully signed in.
Success! Your account is fully activated, you now have access to all content.
Success! Your billing info is updated.
Billing info update failed.
Borderlands 3 Akhirnya Ke Steam

Borderlands 3 Akhirnya Ke Steam

Anaz Haidhar

Seperti mana yang anda semua tahu, atau mungkin tak tahu, Borderlands 3 dilancarkan secara eksklusif hanya di Epic Store dan pengguna tegar Steam harus menunggu beberapa bulan untuk permainan video ini.

Kini, buat mereka yang tidak sabar untuk merasai pengembaraan Borderlands 3 melalui Steam, anda boleh beli dan install Borderlands 3 pada 10 Mac (11 Mac waktu tempatan) dan main pada 13 Mac (14 Mac waktu tempatan).

Usah risau jika rakan anda main melalui Epic Store kerana versi Stream dan Epic Store menyokong cross-platform (Epic/Steam PC - kemaskini baru kelak) jadi anda boleh bertemu dengan kawan kegemaran anda ketika menembak orang-orang gila di dalam Borderlands 3.

Bukan itu sahaja, jika anda ingin berpindah dari Epic Store ke Steam, save game anda akan boleh dipindahkan secara manual. Cara-cara akan diberitahu oleh 2K Publisher kemudian. Cuma, kalau dah beli kat Epic Store, kena beli versi Steam juga. Tiada erti permainan percuma di sini.