You've successfully subscribed to KAKI.Tech
Great! Next, complete checkout for full access to KAKI.Tech
Welcome back! You've successfully signed in.
Success! Your account is fully activated, you now have access to all content.
Success! Your billing info is updated.
Billing info update failed.
Cyberpunk 2077 Tiada Mikrotransaksi

Cyberpunk 2077 Tiada Mikrotransaksi

Anaz Haidhar

Ramai peminat setia yang menunggu kehadiran permainan video samseng IoT, Cyberpunk 2077 tertanya-tanya adakah ia akan didatangkan bersama transaksi kecil-kecilan. Persoalan itu terjawab sekali lagi setelah studio pembangun Cyberpunk 2077, CD Projekt Red mengumumkan tidak akan ada transaksi sedemikian di dalam permainan ini.

Persoalan ini timbul apabil presiden CD Projekt Red, Adam Kicinski mengesahkan akan ada transaksi dengan komen "Matlamat kami ialah untuk mencipta pengewangan yang membuatkan pemain berasa gembira untuk membelanjakan wang". Ini bercanggah dengan pengumuman CD Projekt Red sebelum ini namun komen Adam Kicinski ialah untuk sekuel Cyberpunk 2077 versi berbilang pemain (multiplayer), yang merupakan permainan berasingan. Bukanlah Cyberpunk 2077 seorang pemain (single player) yang dijangka akan tiba ke khalayak umum 19 November 2020 ini.

Tidak sabar menunggu? sabarlah bang :(