You've successfully subscribed to KAKI.Tech
Great! Next, complete checkout for full access to KAKI.Tech
Welcome back! You've successfully signed in.
Success! Your account is fully activated, you now have access to all content.
Success! Your billing info is updated.
Billing info update failed.
Death Stranding akhirnya ke PC

Death Stranding akhirnya ke PC

Azaan Fishol

Setelah hanya melihat gameplay orang di YouTube dengan fps yang rendah, akhirnya kita sebagai PC Gamer bakal merasai Death Stranding pada 2 Jun 2020.

Death Stranding telah lama keluar di platform PS4, jadi kita dah tahu game ni mengenai apa. Sebagai Norman Reedus, kita bermain sebagai Sam Bridges, seorang penghantar barang dan perjalanan dunia yang penuh misteri dengan makhluk spektral aneh. Kerja kita sebagai Sam ni simple je, menghubungkan semula dunia yang terputus dari hubungan dan menyelamatkan dunia dari ancaman kemusnahan.

Death Stranding versi PC ini didatangi dengan frame rate yang lebih tinggi, photo mode, sokongan untuk skrin lebar dan juga content daripada game Half-Life seperti mana yang kita dapat lihat dalam trailer di atas.

(Kredit gambar: Kojima Productions)

Soundtrack yang lebih panjang dengan 10 lagu yang tidak dikeluarkan sebelum ini juga didatangkan dengan game, disertai digital art book dan barang kosmetik in-game turut hadir semasa bermain game ini. Pre-purchasing game ini akan memberikan anda lebih kosmetik dan juga wallpaper HD.

Death Stranding sekarang boleh di pre-purchase di Steam dan juga Epic Games Store pada harga RM239/$56.99.