You've successfully subscribed to KAKI.Tech
Great! Next, complete checkout for full access to KAKI.Tech
Welcome back! You've successfully signed in.
Success! Your account is fully activated, you now have access to all content.
Success! Your billing info is updated.
Billing info update failed.
E3 2020 Dibatalkan

E3 2020 Dibatalkan

Anaz Haidhar

E3 nama yang tidak asing lagi dalam industri ekspo permainan video akhirnya dibatalkan kerana wabak COVID-19. Perkara ini telah dijangka ramai penggemar permainan video kerana kebanyakan ekspo dan persidangan telah ditangguh dan ditukar menjadi acaran atas talian.

ESA (Entertainment Software Association) mengambil masa yang lebih berbanding NVIDIA dan Google untuk melakukan pengumuman ini atas sebab-sebab tertentu. Pada mulanya ia sepatutnya tertangguh sehingga bulan Jun namun atas sebab E3 akan dilangsungkan di Los Angeles, keputusan membatalkannya sama sekali ialah keputusan tepat selari dengan pengumuman majlis pembandaran Los Angeles mengumumkan darurat lebih kurang seminggu lepas.

"Following increased and overwhelming concerns about the Covid-19 virus, we felt this was the best way to proceed during such an unprecedented global situation,"

Ujar ESA kepada Gamespot.

"We are very disappointed that we are unable to hold this event for our fans and supporters. But we know it’s the right decision based on the information we have today."

ESA akan memulangkan semula duit kos sewa tapak kepada peserta pameran dan sekarang dalam perancangan untuk cuba menjayakan acara ini di atas talian.

Kami peminat permainan video game turut berasa sedih kerana tidak dapat melihat pertunjukan permainan baru, terutamanya pengumuman penting permainan video AAA seperti Cyberpunk 2077.