You've successfully subscribed to KAKI.Tech
Great! Next, complete checkout for full access to KAKI.Tech
Welcome back! You've successfully signed in.
Success! Your account is fully activated, you now have access to all content.
EPIC, Lagi Satu Khidmat Pesanan Makanan Yang Anda Patut Cuba

EPIC, Lagi Satu Khidmat Pesanan Makanan Yang Anda Patut Cuba

Anaz Haidhar
Anaz Haidhar

Hari ini kami menemukan lagi satu khidmat pesanan dan penghantaran makanan di Malaysia. Di kenali sebagai Epic Food Hall, ia nama yang amat menarik tetapi jangan terkeliru dengan Epic Game Store. Epic Food Hall merupakan medan selera yang mempunyai beberapa penjual berbeza. Epic Food Hall berada di 3 lokasi setakat ini, iaitu di Damansara Perdana, Bandar Sunway dan Mont Kiara. Buat mereka yang berada di luar kawasan penghantaran, kami memohon maaf atas kesedihan yang anda lalui.

Kami tidak pasti bila mereka mula beroperasi, tetapi peminat pesanan penghantaran makanan kami, Anaz Haidhar (saya) baru menjumpainya hari ini dan ia amat mengujakan.

Menurut laman About Us mereka, ada petikan "We're Now Epic Food Hall", mungkinkah mereka pernah dikenali dengan nama lain sebelum ini? Yang pasti, apabila perut lapar dan harga makanan agak berpatutan, kami order.

Tanpa melengahkan masa, kami mencuba khidmat ini dan kami rasa sistem mereka walaupun tidak secantik Nora Danish, ianya lancar dan mudah untuk difahami. Anda hanya ada pilihan pemesanan melalui laman web, ia amat mudah dan pantas. Antara muka pemesanan agak bersih dan tidak memeningkan seperti laman web FoodPanda mahupun DeliverEats.

Pilihan makanan kesemuanya halal maka anda tidak perlu risau tentang status makanan dari setiap kedai yang mereka tawarkan. Penghantaran percuma dengan gerenti 45 minit masa penghantaran.

Pada waktu ini, mereka sedang mengadakan promosi 2 set makanan pada harga RM20 dengan penghantaran. Ini tidak termasuk cukai dan juga caj pembayaran atas talian sebanyak RM1.20 dan RM1. Menjadikan bil akhir anda sebanyak RM22.20.

Perkara yang tidak menarik dengan Epic Food Hall ini, tiada status semasa dan anda akan tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya bila makanan anda akan tiba. Mungkin ini perkara yang membuatkan mereka tiada mengenakan kos penghantaran. Tiada tracking code seperti penghantaran menggunakan Pos Laju!

Sudahkah anda mencubanya? Layari pautan ini sekarang!