You've successfully subscribed to KAKI.Tech
Great! Next, complete checkout for full access to KAKI.Tech
Welcome back! You've successfully signed in.
Success! Your account is fully activated, you now have access to all content.
Success! Your billing info is updated.
Billing info update failed.
Final Fantasy VII Remake demo PS4

Final Fantasy VII Remake demo PS4

Anaz Haidhar

Square Enix telah melancarkan demo Final Fantasy VII Remake yang boleh dimain oleh para pengguna PlayStation 4 lewat hari ini.

Demo tersebut boleh didapati melalui PlayStation Store dengan size muat turun sebesar 7.5GB. Mengikut saiz muat turun tersebut, demo yang diberikan agak pendek tetapi cukup untuk para peminat untuk menikmati gameplay awal. Antara misi yang diberi ialah misi yang tidak asing lagi, Mako Reactor. Cloud dan Barret perlu memecah masuk ke Shinra Electirc Power Company dan kemudian melepaskan diri. Seperti biasa, mereka harus berlawan dengan Scorpion Sentinel. Spoiler alert: SS agak kuat.

Progres pada FFVII Remake demo tidak akan dibawa ke pelancaran akhir pada 10 April ini. Jadi anda boleh cuba tanpa mengganggu progress penuh apabila FFVII dilancarkan. Tidak lupa juga, dengan memuat turun demo ini, anda juga boleh perolehi tema esklusif untuk PS4 anda.

Bagi kami, kualiti grafik yang ditawarkan tidaklah menarik mana, lebih-lebih lagi di atas platform next-gen. Mungkin Square Enix akan melancarkan versi PlayStaion 5 kelak dengan grafik yang dinaik taraf.

Dari segi permainan, ia tidak jauh beza dengan FFVII sebelum ini, dengan antara wajah yang lebih kemas dan jelas.

Apa pendapat anda tentang FFVII Remake ini?