You've successfully subscribed to KAKI.Tech
Great! Next, complete checkout for full access to KAKI.Tech
Welcome back! You've successfully signed in.
Success! Your account is fully activated, you now have access to all content.
Success! Your billing info is updated.
Billing info update failed.
Google Pixel 4a?

Google Pixel 4a?

Anaz Haidhar

Gambar yang tertiris di Reddit 2 hari lepas dan Twitter semalam sedikit sebanyak membuat kami tertanya-tanya adakah ini betul Google Pixel 4a. Ianya terlalu awal untuk dibincangkan tetapi jika benar, haluan Google untuk menyelamatkan kembali nama Pixel mungkin menjadi.

Walaupun gambar ini tidak bermaksud apa yang anda lihat itu betul, tetapi kami boleh beri pendapat tetang fon kontroversi ini.

Bahagian hadapan anda boleh lihat tiada lagi dahi yang terlalu besar seperti Pixel 4 dan Pixel 4 XL. Ini mungkin kerana Google mengecualikan sensor-sensor gimik mereka dari peranti bajet ini. Kamera stail punch hole seperti sesetengah fon Samsung menjadi pilihan Google membuatkan nisbah paparan terhadap saiz badan Google Pixel 4a ini jauh lebih tinggi dari 4/XL.

Di bahagian belakang pula, kelihatan satu sensor kamera agak besar di bahagian bawah kanan dan ia masih mengekalkan kekotak pelik seakan-akan meniru iPhone 11. Sensor imbasan cap jari dibelakang seperti Pixel yang lain.

Pada pendapat kami, ini mungkin hanya satu prototype yang dihasilkan oleh orang tertentu, bukan dihasilkan oleh Google. Ini kerana terdapat logo dan tulisan yang pelik di belakang fon tersebut serta aturan kekotak kamera yang pelik menjadikan kami berasa skeptikal.

Apa pendapat anda?