You've successfully subscribed to KAKI.Tech
Great! Next, complete checkout for full access to KAKI.Tech
Welcome back! You've successfully signed in.
Success! Your account is fully activated, you now have access to all content.
Success! Your billing info is updated.
Billing info update failed.
Ura-ura iPhone 9/SE2

Ura-ura iPhone 9/SE2

Anaz Haidhar

Seperti yang digembar-gemburkan lewat ini, Apple mungkin akan melancarkan siri ke dua iPhone bajet tahun ini. Siri popular yang telah lama tertangguh, sejak 2016 dengan kemunculan iPhone SE, kemungkinan besar akan dilancarkan hujung Mac ini. Lebih tepat, 31 Mac.

Walupun tiada tarikh rasmi, kami turut menjangkakan bulan Mac adalah pilihan yang Apple akan buat selari dengan pelancaran produk dan perkakasan lain di tahun yang sudah. Berdepan dengan krisis COVID-19, masalah supply-chain yang kini mula terasa. Apple mungkin hanya mengeluarkan sebilangan unit sebelum meletakkan status Out of Stock. Tiada komen lanjut tentang krisis pengilangan dan pengeluaran buat masa kini tetapi jika anda perlukan telefon bimbit baharu, sila dapatkan segera sebelum keruntuhan supply-chain secara global berlaku.

Spesifikasi

iPhone 9/SE2 mungkin didatangi dengan cip terkini, A13 Bionic yang dibina atas nod prosesi 7nm. Lebih berkuasa dan ketahanan bateri terbukti lebih tinggi berbanding cip-cip sebelumnya. Dengan kehendak aplikasi waktu kini, dan kehendak pengguna untuk merasai kelajuan multi-tasking, kami mengjangkakan iPhone bajet ini mungkin turut didatangi dengan jumlah RAM minima 3GB yang ini sesuai untuk trend penggunaan pada tahun 2020.

Dengan adanya cip A13 dan RAM yang agak tinggi buat sistem operasi iOS, kita mungkin akan lihat Apple potong sedikit sebanyak spesifikasi dari aspek lain seperti 1 kamera, bateri yang lebih kecil, tiada sensor untuk FaceID, paparan skrin yang masih kecil (saiz iPhone 7/8) dan paparan Liquid Retina (LCD). Namun, ciri keselamatan melalui TouchID masih ada dan taptic engine untuk haptic feedback turut disertakan.

Harga

Paras harga kemungkinan besar jatuh di paras $350-$399 (RM1400-RM1650) tapi ambil jumlah ini dengan sedikit garam kerana kebiasaannya harga iPhone di Malaysia tinggi sedikit kerana duti dan cukai.

iPhone 9/SE2 Plus?

Menurut sumber dari MacRumors, iPhone bajet ini mungkin juga diperkenalkan dengan saiz yang lebih besar. 5.5 atau 6.1 inci? Kita tunggu berita menyusul.