You've successfully subscribed to KAKI.Tech
Great! Next, complete checkout for full access to KAKI.Tech
Welcome back! You've successfully signed in.
Success! Your account is fully activated, you now have access to all content.
Success! Your billing info is updated.
Billing info update failed.
Halo: Combat Evolved kini di PC

Halo: Combat Evolved kini di PC

Anaz Haidhar

Semalam Microsoft mengumumkan Halo: Combat Evolved Anniversary secara mengejut dan ini betul mengejutkan kami. Buat yang tidak mengetahui, Halo: The Master Chief Collection ialah satu koleksi permainan Halo yang dibina semula menjadikan permainan klasik kelihatan baru (resolusi sehingga 4K) dan sesuai untuk dimainkan pada masa kini. Halo: Combat Evolved Anniversary merupakan tambahan terbaru di dalam koleksi ini selepas Halo: Reach.

Halo merupakan permainan eksklusif Xbox dan Halo: Master Chief Collection merupakan koleksi yang dibawa khas untuk PC. Mereka yang ingin merasai pengembaraan Halo dari mula dan mengembara dunia Halo dari awal, anda boleh dapatkan Halo: Master Chief Collection dan mula bermain mengikut aturan berikut:

  1. Halo Reach
  2. Halo: Combat Evolved Anniversary
  3. Halo 2: Anniversary*
  4. Halo 3*
  5. Halo 3: ODST*
  6. Halo 4*

*Halo 2-4 remaster masih belum dilancarkan.

Halo 5: Guardians, siri yang dilancarkan pada tahun 2015 masih lagi hanya berada di platform Xbox dan mungkin ia akan dilancarkan ke PC secara standalone sebelum pelancaran Halo Infinite.

Buat mereka yang tidak ingin mencuba kesemua siri, anda boleh dapatkan Halo: Combat Evolved Anniversary pada harga RM39.00 di Windows Store dan RM23.50 di Steam. Keseluruhan koleksi boleh didapatkan di Steam serendah RM65.00 dan RM156 di Windows Store.

Sumber: Microsoft