You've successfully subscribed to KAKI.Tech
Great! Next, complete checkout for full access to KAKI.Tech
Welcome back! You've successfully signed in.
Success! Your account is fully activated, you now have access to all content.
Success! Your billing info is updated.
Billing info update failed.
Hello KAKI

Hello KAKI

Anaz Haidhar

Hi semua. KAKI atau Kaki Tech, singkatan kepada Kaki Teknologi atau dalam erti kata lain, kami minat untuk bercerita tentang teknologi. Ini termasuk dari segala pelusuk ceritera teknologi seperti gadget, software, hardware, gaming, streaming dan lain-lain yang tak mampu kami senaraikan disini. Blog ini merupakan projek yang dikendalikan oleh picisan twitter (boleh rujuk dibawah untuk profile kami).

Kenapa wujud lagi satu blog teknologi sedangkan berlambak blog lain?

Kewujudan blog ini bukan sahaja untuk anda, tetapi untuk kami meneroka keindahan teknologi terkini. Dalam erti kata lain, berita teknologi kami sampaikan kepada anda melalui platform yang sangat cantik ini (platform bloging ini bukan Wordpress mahupun Blogspot) dan memang mengfokuskan terhadap penulisan dan penyampaian yang tidak serabut dengan segala jenis elemen yang memenuhi ruang pembaca. Kami juga fokus untuk deliver kandungan kami dengan pantas dan mobile responsive kepada pengguna mobile.

Apa hala tuju kami?

Terus terang, tiada hala tuju. Projek ini bermula dengan kosong harapan dan kami akan lihat perkembangan dan kewajaran blog ini dari semasa ke semasa. Tapi, kami berharap blog ini menjadi platform info teknologi yang relevan untuk semua peminat teknologi diluar sana.

Siapa penulis blog ini?

Bermula dengan saya sendiri, Anaz Haidhar. Seorang picisan twitter yang telah lama berada di dalam arena komputer. 23 tahun di dalam dunia ini (tidak, umur saya bukan 23 tahun). Mastermind di sebalik KAKI, dari idea, deployment, dan realisasi projek ini hinggalah wujudnya KAKI pada hari ini. Twitter? @anazhd

Founding member, Andy Sahlam. Tidak lain tidak bukan, brother Andy. Beliau merupakan penulis aktif di blog jiran. Juga merupakan orang lama dalam arena penulisan dan dunia perkomputeran. Merupakan orang kedua yang mainkan peranan penting untuk merialisasikan projek ini. Ikuti beliau di twitter, @andysahlam

Partner in crime, Eman Halia. Seorang gamer dan youtuber casual. Selepas hampa dengan janji kosong untuk dijadikan penulis di blog lain, beliau ditarik masuk ke KAKI dengan harapan, beliau melepaskan kemarahan didalam bentuk penulisan. Dahulu dikenali sebagai EmanTheHalia kini 'the' telah hilang. Seorang blogger pada dulu kala. Boleh cari beliau di twitter @emanhalia

Kemasukan ke empat, Azaan Fishol. Seorang gamer, streamer dan designer. Diserap masuk secara paksa kerana kami memerlukan graphic designer percuma. Kami tidak pernah melihat penulisan beliau dan ini merupakan kali pertama beliau menceburi penulisan blog secara professional. Ingin berkenalan? Lihat twitter @azaanfishol


Anda berminat untuk bekerja dengan kami secara percuma?

Haha. Ya betul, kami tiada dana dan KAKI juga merupakan projek 'free to write' di mana anda boleh jadi author dan editor-editor kami akan semak kandungan anda dan publish jika kandungan tersebut menarik. Kredit penuh dan nama anda akan kelihatan di blog ini. Tapi kandungan anda akan jadi milik KAKI selamanya. Bolehlah hubungi kami di twitter kami untuk sebarang pertanyaan dan percubaan.