You've successfully subscribed to KAKI.Tech
Great! Next, complete checkout for full access to KAKI.Tech
Welcome back! You've successfully signed in.
Success! Your account is fully activated, you now have access to all content.
Success! Your billing info is updated.
Billing info update failed.
IEMs, Antara Wired dan True Wireless

IEMs, Antara Wired dan True Wireless

Anaz Haidhar

Mungkin ramai yang tidak tahu terdapat banyak peralatan audio yang berbeza kelas. Hanya harga yang menjadi tanda ukur sama ada produk itu bagus atau tidak. Bagi mereka yang tidak mahir dalam peralatan audio, anda mungkin tertanya-tanya adakah pelaburan sebanyak RM1099 merupakan pelaburan yang bagus? Ini bergantung kepada cara kegunaan.

RM1099 diatas ialah harga untuk sepasang Airpods Pro. Ramai yang merungut, harga tidak masuk akal. Tetapi itulah hakikatnya jika anda membeli peralatan True Wireless Stereo berjenama. Anda membayar untuk

  1. Bekas berkebolehan untuk mengecas IEM anda (2/10)
  2. Bateri di dalam bekas (2/10)
  3. Bateri & bluetooth di dalam IEM (3/10)
  4. Pemacu di dalam IEM (3/10)

Makanya untuk setiap IEM TWS yang anda beli, harganya terbahagi kepada 4 kategori. Ini bermaksud anda membayar kualiti audio pada kadar 3/10 dari apa yang anda bayar. Mungkin, tidak sehingga 3/10. Mengikut jenama dan hanya pengeluar yang tahu.

Sebagai contoh, keuntungan purata Apple ambil untuk sebiji iPhone ialah 30%-50%. Kita ambil contoh pada 38.5%, ini bermaksud hanya RM675.80 merupakan harga kos purata sepasang Airpods Pro. Jikalau betul 3/10 merupakan pecahan harga untuk pemacu audio, 3/10 dari RM675.80 ialah RM202.74. Ini bermaksud, kualiti audio yang dibekalkan ialah pada kadar RM202.74 untuk kedua belah dan selebihnya anda membayar untuk perkakasan, teknologi, jenama dan untung. Menjadikan 18.45% dari pelaburan anda untuk kualiti audio.

Kesemua jumlah diatas hanyalah jangkaan dan bukan nilai tepat. Tetapi anda dapat ideanya, tidak semua yang mahal itu indah dan hebat. Dan tak semua yang murah itu celaka.

Seperti yang saya bincangkan sebelum ini, T2 Galaxy pada harga RM250 dan jika kita tolak 20% untuk keuntungan purata, maka harga efektif sepasang T2 Galaxy ialah RM200. Jumlah 20% ini juga hanya tekaan dan kebiasaanya keuntungan yang diambil oleh syarikat-syarikat dari ShenZhen tidak sebesar Apple.

Apa kaitan harga IEM berwayar dengan tidak berwayar?

Kenapa tidak kedua-duanya sekali? Beli IEM berwayar, tukar menjadi TWS. Anda boleh berbalik antara wayar dan tanpa wayar untuk pelbagai tujuan.

Memperkenalkan, Fiio UTWS1.

UTWS1 merupakan alat untuk menukar IEM berwayar bukan konvensional anda menjadi TWS. Dengan sokongan APT-X, SBC dan AAC, ia sudah cukup untuk kegunaan seharian lebih-lebih lagi pengguna di Malaysia, lebih banyak mendengarkan lagu melalui sumber bukan Hi-Resolution seperti dari YouTube, Spotify, SoundCloud, dan lain-lain lagi. Anda tidak perlu peralatan audio yang mampu memandu teknologi LDAC atau apa-apa codec di atas 320kbps.

UTWS1 berfungsi seperti mana-mana penyambung audio bluetooth yang lain. Uniknya, anda boleh menyambung apa-apa jenis IEM MMCX atau 0.78mm. Boleh memainkan musik sehingga 8 jam sekali caj serta dilengkapi dengan sambungan bluetooth 5.0.

Kos untuk sepasang UTWS1 ini pada waktu ini ialah RM279. Jika anda padankan bersama T2 Galaxy pada harga RM250, ini menjadikan unit TWS anda pada harga RM259. Ketahanan bateri tidaklah selama Airpods Pro, dan saiz tidaklah sekecil kuman. Cuma, jika anda jenis yang tidak minat Airpods Pro mahupun Galaxy Buds, tetapan sebegini menjimatkan wang anda. Malah, ia menghasilkan bunyi yang lebih menarik. Selain itu, andaa boleh tukar set pemacu audio pada bila bila masa, membuatkan ia tidak tertumpu kepada satu jenis signature.

Rumusan

Tidak semestinya bijak itu berbaloi. Airpods, Buds mahupun Airdots mempunyai kelebihan tersendiri seperti pengecasan ketika anda tidak menggunakannya, bekas yang selamat, ketahanan bateri dan banyak lagi. Namun, sanggupkah anda merendahkan taraf audio semata-mata untuk kesenangan yang lain? Bagi saya, tujuan UTWS1 jelas, menjadikan IEMs audiophile anda bebas wayar dan menyokong True Wireless Stereo.

Pada harga RM1099 untuk Airpods Pro, saya boleh mendapatkan MoonDrop Starfield $109 (IEM yang sangat menarik) + TFZ T2 Galaxy $60 + UTWS1 $60 dan ada wang lebihan lagi untuk beli coklat.

Review penuh UTWS1 penyusul.