Oppo akan melancarkan jam tangan pintar baru dan ia kelihatan amat menarik dan agak cantik. Tentu sekali, ini kerana jam tangan pintar ini kelihatan seperti Apple Watch dan budaya pinjam kerja rumah ini bukan perkara yang baru.
Beberapa bulan lepas, Xiaomi turut melakukan perkara yang sama. Akan tetapi, Oppo melakukannya dengan lebih baik. Jam yang diberi nama Oppo Watch akan dilancarkan bersama Oppo Find X2 pada Mac 6 ini.
It's time to say hello to #OPPOWatch. 👀
— OPPO (@oppo) March 2, 2020
Unveiled at the #OPPOFindX2 Launch Event March 6, 10.30am CET. ⏰ pic.twitter.com/IwbOJnHoyg
Spesifikasi dan variasi masih belum diumumkan dan ciri-ciri tambahan juga masih tidak diketahui tapi dari gambar yang kita boleh lihat, jam ini berkemampuan untuk membuat panggilan? Sama ada melalui bluetooth bridge atau kehadiran esim/sim menjadikan Oppo Watch ini sebagai unit standalone. Seperti mana Apple Watch Series 5 yang mampu menggunakan eSim perkongsian dengan talian utama, menjadikan ia iPhone bersaiz kecil dan boleh dibawa kemana sahaja tanpa perlu ada peranti dengan sambungan bluetooth untuk fungsi tambahan.
Jika Oppo pergi ke haluan sebegitu, mungkin kita dapat lihat kenaikan penggunaan jam tangan pintar. Tapi jika paras harga agak sama dengan Apple Watch, saya cadang pengguna produk Apple lebih baik beli Apple Watch. Bukan?