You've successfully subscribed to KAKI.Tech
Great! Next, complete checkout for full access to KAKI.Tech
Welcome back! You've successfully signed in.
Success! Your account is fully activated, you now have access to all content.
Success! Your billing info is updated.
Billing info update failed.
macOS Big Sur

macOS Big Sur

Anaz Haidhar

WWDC semalam mengejutkan ramai pihak apabila Apple mengumumkan macOS Big Sur dengan kecelaruan diantara sokongan set arahan x86_64 dan juga ARM. Namun, buat mereka yang khuatir dan was-was dengan kecelaruan ini, anda boleh hidup dengan tenang bersama semua MacBook dan Mac anda. macOS Big Sur boleh dipasang di kesemua model popular (senarai di bawah) dan masih beroperasi bersama set arahan sedia ada x86_64 (32/64bit).

Pengenalan yang agak pelik untuk entri ini. Tetapi itulah tujuan saya menaip artikel ini. Untuk menerangkan tentang sokongan macOS Big Sur.

Peranti Yang Disokong

  • MacBook (2015 ke atas)
  • MacBook Air (2013 ke atas)
  • MacBook Pro (model lewat 2013 dan ke atas)
  • Mac mini (2014 ke atas)
  • iMac (2014 ke atas)
  • iMac Pro (2017 ke atas)
  • Mac Pro (2013 ke atas)

10.16 atau 11.0?

Kita masih tidak tahu apakah nombor binaan terakhir nanti kerana di dalam demo WWDC semalam, kelihatan nombor binaan macOS Big Sur adalah 11.0 dan ini menunjukkan satu peralihan besar dari projek pembinaan semula Mac OSX 10.0 19 tahun lepas. Namun, apabila kami semak nombor binaan pada imej pemasangan developer preview, ia didatangkan bersama nombor binaan 10.16. Dari pandangan saya, ini sudah tentu menunjukkan bahawa Apple mungkin mengasingkan macOS berasaskan x86_64 dan ARM melalui dua nombor binaan yang berbeza. Mungkin? Kita nantikan apabila Apple melepaskan perisian ini kepada orang awam di musim luruh kelak.

Apa Yang Baharu?

Secara jujurnya, perubahan ketara hanya pada UI/UX. Tetapi di belakang tabir sudah tentu ada banyak lagi kemaskini baharu dan diantaranya ialah kemaskini lebih pantas berbanding macOS 10.15 Catalina dimana sistem operasi bertindak lebih pintar untuk mengetahui posisi-posisi fail-fail penting sebelum memulakan kemaskini.

Senarai perubahan yang ketara:

  1. Notification Center
Notification Center - Lebih kemas, seakan iOS.

2. Menubar

Tulisan yang boleh berubah mengikut keadaan dan warna latar belakang. Serta ikon baharu.

3. Control Center

Pusat kawalan seakan iOS. Memudahkan pengguna untuk mengawal peralatan SMC/Sistem pada satu panel.

4. Dock

Dock baharu serta ikon-ikon aplikasi yang menepati tema rekaan UI Kit yang digunapakai di peranti iOS.

5. Safari

Antaramuka Safari yang lebih moden.

Perbuahan pada Safari dari segi antaramuka dan kemaskini dalaman adalah yang paling ketara. Tidak asing lagi Safari merupakan aplikasi pelayar web yang mengutamakan kepantasan dan juga privasi. Kemaskini Safari ini menawarkan purata 50% prestasi lebih baik dari Google Chrome. Memang tidak asing, tuntutan dari Apple ini bukan hanya sekadar bual kosong. Saya juga merupakan pengguna pelayar web Safari yang terkini (sebelum Big Sur - Safari 14.0), dan ia merupakan pelayar web yang amat cekap. Penjimatan bateri agak tinggi, pemain video tidak menyebabkan prosesor menjadi panas serta ciri-ciri privasi yang tinggi membantu mengelakkan saya menjadi mangsa iklan yang disasarkan.

Ada pelbagai lagi perubahan baru dan anda boleh mengikuti pautan ini untuk senarai lengkap.

Pandangan Saya

Secara peribadi, saya amat meminati kemaskini ini selagi ia tidak menjejaskan prestasi MacBook Pro 2017 saya yang tidak seberapa laju ini. Namun, mengikut sejarah kemaskini selama 3 tahun menggunakan peranti tersebut, tidak ada masalah ketara dari segi perisian. Antaramuka yang lebih menarik, dan seakan iOS menjadikan ia lebih selari dan mudah untuk saya mengingati ikon-ikon yang tersedia memandangkan saya juga pengguna iPhone.

Buat mereka yang diluar sana, nantikan pandangan saya tentang Apple Silicon yang menguasai macOS Big Sur versi ARM minggu hadapan. Pautan akan dikemaskini.