You've successfully subscribed to KAKI.Tech
Great! Next, complete checkout for full access to KAKI.Tech
Welcome back! You've successfully signed in.
Success! Your account is fully activated, you now have access to all content.
Success! Your billing info is updated.
Billing info update failed.
Tengok gameplay Fallout 76 Wastelanders

Tengok gameplay Fallout 76 Wastelanders

Azaan Fishol

Appalachia telah berubah! Hujung minggu lalu di PAX East, Bethesda telah menayangkan 17 minit video live mengenai Fallout 76 Wastelanders, DLC percuma itu turut menambah NPCs kepada multiplayer RPG itu. Staf-staf Bethesda berbincang sambil melihat footage, memberitahu bahawa NPCs akan dimasukkan ke dalam jalan cerita utama (main story quest). Selain itu, Charisma juga menjadi salah satu stats yang penting untuk menambat hati NPCs, jadi pelancaran Wastelanders semestinya memberi alasan yang bagus untuk kita membuat karakter baru.

Semasa percakapan dengan NPCs (dalam game) seperti Mort, ghoul yang diberikan suara alih oleh Jason Mewes, kita boleh lihat dialog dia kadang-kadang ada lebih dari 4 pilihan, bersama dengan protagonist yang senyap dan cara kamera di'zoom' semasa percakapan dengan NPC memberikan perasaan nostalgik seperti Fallout 3 atau New Vegas yang membuatkan ia lebih menarik.

Bethesda juga memberitahu bahawa NPCs robot yang ada dalam game telah diubahsuai dan dijadikan lebih interactive supaya kita boleh chat dengan ia daripada sebelum ini hanya ada sedikit monolog. Juga terdapat sistem reputasi dan pilihan untuk memilih sama ada untuk menjadi settlers ataupun raiders, dan mungkin kita boleh explore quest sebelum memilih mana-mana pihak.

DLC ini akan hadir pada 7 April, iaitu sama dengan tarikh lancarnya Fallout 76 di Steam.