You've successfully subscribed to KAKI.Tech
Great! Next, complete checkout for full access to KAKI.Tech
Welcome back! You've successfully signed in.
Success! Your account is fully activated, you now have access to all content.
Success! Your billing info is updated.
Billing info update failed.
Pelancaran Awal MS Surface Duo

Pelancaran Awal MS Surface Duo

Anaz Haidhar

Microsoft pada awal Oktober 2019 telah mengejutkan ramai pengikutnya dengan mengumumkan Microsoft Surface Duo, telefon bimbit dengan dua paparan berbingkai. Dikuasai oleh Android 10, telefon bimbit dibawah jenama Microsoft mungkin kembali menjadi relevan.

Kehadiran Surface Duo ini mengejutkan kami sendiri kerana kami menyangka Microsoft telah berputus asa dengan lineup telefon bimbit yang pernah gagal sebelum ini, Lumia. Namun, setelah mereka tease para pengikut dengan video yang dimuat naik 4 bulan lepas, Surface Duo ini ada relevannya  dan berbanding dengan lineup dari Samsung, dua paparan berbingkai lebih tahan lasak dan tidak ada masalah-masalah yang pelik seperti gelembung udara, skrin melengkung dan lapisan proteksi plastik merekah.

Ura-ura terkini melaporkan bahawa Microsoft mungkin akan mengawalkan pelancaran Surface Duo atas sebab tidak mahu kelihatan agak ketinggalan kerana spesifikasi yang digunakan seperti hanya rangkaian 4G tersedia agak tidak sesuai dengan pelancaran hujung tahun kerana pada waktu itu kebanyakan pengeluar terbesar akan beralih ke 5G termasuklah Apple Iphone 12(?). Oleh itu, pelancaran seawal bulan Mei adalah agak relevan namun kami masih rasa generasi pertama ini masih lagi gimik, dan adaptasi pengguna mungkin akan menyusuli pada generasi kedua pada tahun 2021.

Apa pendapat anda?