You've successfully subscribed to KAKI.Tech
Great! Next, complete checkout for full access to KAKI.Tech
Welcome back! You've successfully signed in.
Success! Your account is fully activated, you now have access to all content.
Success! Your billing info is updated.
Billing info update failed.
Pusat Janakuasa Gunakan Kuasa Lebihan Untuk Mine Bitcoin

Pusat Janakuasa Gunakan Kuasa Lebihan Untuk Mine Bitcoin

Anaz Haidhar

Sebuah pusat penjanaan kuasa milik Greenidge Generation di New York menggunakan kuasa lebihan hasil dari pembakaran gas asli untuk kuasai 7000 mining rig. Ini merupakan satu perkara yang jarang kita dengar. Logik disebalik idea ini, fasiliti mereka tidak dilengkapi dengan kapasiti storan tenaga yang besar. Kos untuk bateri juga agak mahal, jadi mereka sebaliknya menggunakan kuasa lebihan untuk menjana pendapatan lebihan.

Menariknya, lebihan tenaga dalam anggaran 2.8juta watt perjam yang digunakan untuk kuasai 7000 unit komputer mining mampu menjana kurang lebih 5.5BTC iaitu sebanyak RM187700 dalam sehari. Ini merupakan pulangan yang berpatutan memandangkan mereka menggunakan lebihan tenaga yang tidak digunakan dan apa yang lebih menarik, kos untuk setiap gas asli yang digunakan juga terbayar oleh pelanggan. Amalan mereka menakutkan syaitan kerana mereka tidak membazir.

Sumber: Engadget