You've successfully subscribed to KAKI.Tech
Great! Next, complete checkout for full access to KAKI.Tech
Welcome back! You've successfully signed in.
Success! Your account is fully activated, you now have access to all content.
Success! Your billing info is updated.
Billing info update failed.
Realme 6 & 6 Pro Dilancarkan

Realme 6 & 6 Pro Dilancarkan

Anaz Haidhar

Baru beberapa hari lepas Realme C3 dilancarkan secara rasmi di Malaysia, pengumuman flagship Realme X50 Pro 5G dan hari ini Realme mengumumkan Realme 6 & 6 Pro. Gandingan fon bajet dengan spesifikasi mantap untuk pengguna kasual.

Paparan

Realme 6 Pro didatangi dengan paparan sebesar 6.6 inci dengan nisbah 20:9. Yang menariknya, paparan tersebut datang bersama kadar kitaran 90Hz untuk memberi transisi lembut ketika melihat. Realme tidak mengumumkan jenis paparan tetapi memandangkan harga yang begitu rendah, ia mungkin paparan LCD. Ini dapat dibuktikan lagi dengan kehadiran sensor pengimbas cap jari yang terletak di butang penghidup. Fakta girang: sensor pengimbas cap jari di atas paparan tidak boleh digunakan bersama paparan LCD. Realme 6 biasa pula didatangi dengan paparan sebesar 6.5 inci, 0.1 inci lebih kecil berbanding Realme 6 Pro.

Kamera

Kedua-dua fon didatangkan bersama 4 kamera di bahagian belakang. Sensor utama 64 MP, sensor lebar 8 MP dan sensor makro 2 MP. Sensor ke 4 Realme 6 Pro merupakan sensor telefoto 12 MP manakala Realme 6 datang bersama sensor monokrom 2 MP. Kamera depan bersaiz 8 MP dan Realme 6 Pro turut menawarkan sensor ultrawide 8 MP untuk swafoto.

Prosesor

Realme 6 Pro dikuasai dengan Qualcomm Snapdragon 720G manakala Realme 6 dikuasai dengan MediaTek Helio G90T. Realme 6 Pro mempunyai dua pilihan kapasiti RAM iaitu 6 dan 8 GB manakala Realme 6 mempunyai tiga pilihan iaitu 4, 6 dan 8GB.

Kapasiti

Kapasiti ruangan simpanan pula sehingga 256 GB untuk model Realme 6 Pro dan 128 GB untuk Realme 6. Ruangan sebesar ini sudah pasti cukup untuk anda menyimpan gambar-gambar intim peribadi dan video-video lucu dari internet.

Bateri

Kedua-dua model didatangkan bersama bateri sebesar 4300 mAh dengan kebolehan pengecasan pantar 30W melalui teknologi VOOC 4.0

Warna

Kemasan fon ini seperti biasa, unik seperti model-model yang sebelumnya. 3 pilihan warna iaitu lightning-inspired blue, red dan orange. Untuk model Realme 6, warna tambahan comet-esque white dan blue.

Harga

Realme 6 dijangka bermula dari sekitar RM750 untuk model 4GB/64GB sehingga RM900 untuk model 8GB/128GB.

Realme 6 pro pula akan bermula dari RM999 untuk model 6GB/64GB sehingga RM1100 untuk model 8GB/256GB

Sumber: GSMArena.com