You've successfully subscribed to KAKI.Tech
Great! Next, complete checkout for full access to KAKI.Tech
Welcome back! You've successfully signed in.
Success! Your account is fully activated, you now have access to all content.
Success! Your billing info is updated.
Billing info update failed.
Realme C3 Kini Di Pasaran Tempatan

Realme C3 Kini Di Pasaran Tempatan

Anaz Haidhar

Realme Malaysia telah mengumumkan Realme C3, fon bajet entry-level yang direka untuk pemain permainan video mudah alih. Fon ini menggantikan fon sebelumnya, Realme C2 dan masih mengekalkan saiz paparan dan saiz bateri yang agak besar untuk fon semurah ini.

3GB Ram 32GB storan dalaman serendah RM499. Turut serta, prosesor Helio G70 8 teras yang mampu mencecah markah 200000 di dalam Antutu Benchmark. Bateri sebesar 5000mAh cukup untuk anda push rank dari 6 petang sehingga 12 malam. Sensor pengimbas cap jari terletak dibahagian belakang dan juga sensor untuk pengecaman muka.

Paparan 6.5 inci dengan takuk kecil menjadikan kepuasan melihat paparan ini jauh lebih tinggi berbanding takuk iPhone X/11 dan takuk Pixel 3. Tetapi adakah kualiti paparan ini menepati taraf-taraf iPhone X/11 dan Pixel 3? Sudah tentuk tidak sama sekali kerana perbezaan harga bagaikan siang dan malam, bumi dan bintang, kamu dan kami.

Manakala dibahagian belakang terdapat 3 kamera dengan kamera utama sebesar 12MP, kamera portret 2MP dan kamera makro 2MP. Kamera hadapan didatangi dengan lensa 5MP. Jumlah MP yang agak rendah tetapi secara logiknya, 8.5MP sudah cukup untuk menghasilkan gambar sebesar 4k. Yang paling penting, kualiti lensa. Adakah Realme C3 mampu menghasilkan gambar yang menarik?

Realme C3 boleh dicaj dengan pantas, setinggi 10W tapi malangnya masih lagi menggunkan sambungan pra-sejarah, micro-usb. Tiada alasan untuk mereka masih menggunakan sambungan tersebut, tetapi oleh kerana harga yang agak murah, micro-usb pun boleh.

Ini merupakan fon yang kami rekomen untuk anda cuba jika anda mempunyai bajet terhad. Tetapi jangan lupa, anda dapat apa yang anda bayar.

Anda boleh dapatkannya di Shopee sekarang atau tunggu ianya terjual di kedai tradisional.