You've successfully subscribed to KAKI.Tech
Great! Next, complete checkout for full access to KAKI.Tech
Welcome back! You've successfully signed in.
Success! Your account is fully activated, you now have access to all content.
RFID Di Kesemua Lebuhraya PLUS

RFID Di Kesemua Lebuhraya PLUS

Anaz Haidhar
Anaz Haidhar

Semalam berita paling menggembirakan telah tiba untuk pemandu-pemandu di lebuhraya malaysia. Sistem baru yang diperkenalkan oleh Touch 'n Go itu telah mula diperkenalkan hampir 2 tahun lepas dan pelancaran di kebanyakan lebuhraya sistem terbuka (tol dengan harga tetap).

Awal Januari lalu, ia dibuka lagi di 10 tol lebuhraya sistem terbuka

  1. Jitra (North-South Expressway)
  2. Lunas (Butterworth-Kulim Expressway)
  3. Kubang Semang (Butterworth-Kulim Expressway)
  4. Penang Bridge
  5. Mambau (Seremban-Port Dickson Highway)
  6. Lukut (Seremban-Port Dickson Highway)
  7. Kempas (North-South Expressway)
  8. Perling (Linkedua highway)
  9. Lima Kedai (Linkedua highway)
  10. Tanjung Kupang (Linkedua highway)

Kini, menjelang 1 April, sistem RFID ini akan dibuka untuk sistem tertutup (tol harga mengikut jarak) seperti lebuhraya PLUS dan Elite. Pembukaan ini melibatkan 83 tol dan 131 lorong RFID tersendiri dengan tambahan 42 lorong bercampur dengan SmartTag dan lorong TnG biasa.

Dengan itu, lengkaplah pemasangan RFID diseluruh lebuhraya Malaysia menjadikan urusan perjalanan anda lebih mudah, hanya perlu tambah nilai melalui ewallet TnG.

Bagi yang belum melakukan pemasangan, anda boleh rujuk pautan ini untuk maklumat lanjut.

Program pilot RFID telahpun tamat dan tiada lagi pemasangan percuma. Pengguna kini perlu membayar RM35 untuk pemasangan di setiap kereta yang anda miliki.

Sebelum bermula bulan Ramadhan dan musim perayaan Mei ini, kami galakkan anda mula melakukan pemasangan ini bagi mengelak dari kesesakan dan kesulitan. Pemasangan saat akhir mungkin akan menjejaskan perjalanan anda kerana pengaktifan mengambil masa 24 jam.