You've successfully subscribed to KAKI.Tech
Great! Next, complete checkout for full access to KAKI.Tech
Welcome back! You've successfully signed in.
Success! Your account is fully activated, you now have access to all content.
Success! Your billing info is updated.
Billing info update failed.

Tentang KAKI.Tech

Terlebih dahulu, baca tentang penulis-penulis KAKI disini.

Buat peminat teknologi dan geek yang ingin mengetahui visi KAKI, bagaimana idea ini diletakkan sebagai penanda aras keberkesanan mengurus sebuah blog, bolehlah baca penerangan kami dibawah.

KAKI merupakan projek berani mati dengan menggunakan platform dan teknologi diluar tradisi. Disamping untuk membina satu jenama, projek ini juga merupakan percubaan jangka masa panjang untuk membuktikan keberkesanan kos apabila tiba satu tahap KAKI menjadi terlalu besar.

KAKI dibina diatas platform blog Ghost. Secara ringkasnya Ghost merupakan satu platform penulisan professional. Ini tidak bermaksud ia digunakan untuk orang 'pro' sahaja. Banyak nama-nama besar telah menggunakan Ghost blog dan ianya terbukti berpotensi tinggi dan dengan yakin kami boleh kata ia setaraf atau lebih tinggi dari Content Management System (CMS) yang lain dari segi beberapa aspek seperti keberkesanan (efficiency) dan kemudahan (feasibility).

Selain itu, kami bergantung sepenuhnya dengan storan atas awan BackBlaze. BackBlaze menawarkan khidmat storan atas awan, dan ia tidak semudah ABC untuk memasang bersama Ghost. Dengan kepakaran yang kami ada, ia bukan perkara yang mustahil. Kesemua gambar yang anda lihat di blog adalah gambar-gambar yang dimuat turun dari server BackBlaze. Kelebihan storan atas awan ialah harga yang sangat rendah dan tiada pembaziran. Kami hanya membayar storan dan bandwidth yang digunakan. Berbanding platform tradisional, dimana anda bayar premium tinggi untuk storan yang anda belum tentu dapat penuhkan dalam masa 3-4 tahun.

Selain itu, kami juga ada pengantara Cloudflare. Cloudflare merupakan perisian sebagai servis (Software as a Service) di mana kami boleh mengawal lapisan terakhir sebelum KAKI dihindangkan kepada pembaca. Kelebihan Cloudflare, ia mampu menghantar kandungan dengan kadar cepat untuk ratusan pembaca kerana kandungan-kandungan asal telah disimpan di dalam server Cloudflare yang lebih laju di seluruh dunia. Menariknya Cloudflare turut berkerjasama dengan BackBlaze untuk menghidangkan kandungan tanpa sebarang caj. Oleh itu, kos efektif untuk kami menghidangkan gambar-gambar adalah hampir percuma!

Di KAKI, kami cuba untuk menghantar berita dengan tahap keberkesanan tinggi. Di sini kami mahu terangkan, keberkesanan bermaksud pemasangan yang berkesan dan tidak membazir. Secara tradisi, blog-blog diluar sana menggunakan sumber yang tinggi. Dari kewangan dan ruangan server, ia memainkan peranan untuk jangka masa panjang. Dengan idea ini, kami cuba untuk fokus menulis dan menjemput penulis bebas diluar sana untuk cuba menggunakan KAKI sebagai tempat anda bermanja dengan dunia penulisan blog/berita.

Misi kami adalah untuk mengurangkan segala kos dan di masa yang sama, memberi kesenangan untuk para penulis menulis di atas platform ini. Kebiasaannya, penulis asal atau founding member itulah sendiri yang menulis. Dari pengalaman, tidak senang untuk fikir daya ketahanan jangka masa panjang sesuatu blog apabila ia menjadi semakin besar. Banyak blog media yang kami tidak mahu namakan telah berpindah atau bergabung dari beberapa buah blog menjadi satu blog atas kekangan kewangan. Ingat, semakin besar, semakin tinggi kos operasi. Ada blog yang mati, ada yang restart semula. Ada juga yang berpindah terus ke blogspot kerana ianya mudah dan percuma.

Oleh itu, dari semua aspek ini, kami cuba menceburi arena penulisan nirmaya ini berlandaskan konsep kebolehan untuk bertukar skala atau orang panggil scalability tanpa mengerut dahi memikirkan kos operasi.

Bolehkah kami bertahan dalam percubaan ini? Kita tunggu jawapannya kelak.

Anda perlukan konsultasi separa-professional untuk pemasangan Content Management System (CMS) atau Portal yang berkesan tanpa memecahkan beg dompet anda dalam jangka masa panjang? Baik persendirian, swasta mahupun kerajaan, bolehlah dapatkan khidmat konsultasi dari jurutera sistem kami, Anaz Haidhar.