You've successfully subscribed to KAKI.Tech
Great! Next, complete checkout for full access to KAKI.Tech
Welcome back! You've successfully signed in.
Success! Your account is fully activated, you now have access to all content.
Success! Your billing info is updated.
Billing info update failed.
TFZ T2 Galaxy - IEM Untuk Keriangan

TFZ T2 Galaxy - IEM Untuk Keriangan

Anaz Haidhar

IEM atau in-ear-monitor merupakan sepasang earphone yang biasa tapi nama IEM lebih terkenal dikalangan audiophile. Setiap IEM mempunyai bunyi unik dan berbeza antara satu sama lain. Bagi penggemar musik, agak rugi jiga anda mendengarkan lagu kegemaran anda menggunakan peralatan audio yang tidak dapat memberi bunyi yang lebih dinamik, tepat dan terperinci.

Saya sendiri telah terjebak dalam dunia audio kelas yang lebih tinggi lebih kurang 5 tahun dan untuk berpindah dari peralatan audio RM20 ke ratusan ringgit, ia menjadi tanda tanya adakah terdapat perbezaan ketara? Pada mulanya, tidak. Tapi selepas saya melatih telinga saya untuk fokus kepada bunyi-bunyi alat muzik dan juga suara penyanyi, saya baru sedar, peralatan audio kelas tinggi mempunyai perincian berbeza. Low, mid dan high yang dinukil berbeza-beza menjadi signature setiap model, membuatkan anda ingin memiliki pelbagai jenis IEM tapi mungkin itu agak keterlaluan untuk masa depan wang anda.

Itulah yang saya hendak sampaikan. TFZ T2 Galaxy, sepasang IEM yang dicipta untuk keriangan. Apa yang menariknya tentang TFZ T2 Galaxy?

Apa Itu TFZ?

Terlebih dahulu, kita kenali siapa TFZ. TFZ atau nama panjang The Fragrant Zither adalah satu syarikat pengeluar peralatan audio berasakan di Shenzhen, China. Mereka mengeluarkan peralatan audio berkualiti tinggi pada harga yang munasabah. Banyak pakar audio berdebat sama ada IEM berharga RM1000 lebih baik dari IEM berharga RM200. Misi TFZ, membekalkan audio fidelity tinggi pada harga yang tidak mendatangkan kemarau beg dompet.

TFZ T2 Galaxy

TFZ T2 Galaxy dilengkapi dengan dynamic driver universal bersaiz 12 mm. Walaupun hanya ada 1 dynamic driver (DD) di setiap belah IEM, namun DD yang didatangkan dengan T2 Galaxy ini bukan biasa-biasa. Berbanding dengan produk lain yang terlebih engineer, TFZ kebiasaannya kekal dengan konsep bersederhana.

T2 Galaxy dibina berdasarkan TFZ Series 4, dengan lebih resolusi/fidelity dan fokus terhadap suara vokalis wanita. Ini tidak bermaksud hanya lagu-lagu wanita kedengaran jelas dan sedap, tetapi ini bermaksud vokal yang tinggi lebih sempurna dan tidak ada pecah-pecah dan tidak terlalu nyaring. Makanya, vokalis bersuara lunak dan tinggi termasuklah lelaki seperti Ed Sheeran dan Aliff Syukri tidak kedengaran begitu jelik. Walau dengan signature sebegitu, T2 Galaxy mengeluarkan bunyi yang hampir tepat seperti apa yang dinukil penghasil dan artis.

Disebabkan cara pemakaian dia agak lain dari IEM konvensional di mana kebiasaannya hanya cucuk dan selesai, berbanding cucuk kemudian cangkuk ke arah atas, anda mungkin tidak selesa dengan rekaan IEM sebegini. Tetapi selepas memakai ia berjam lama, saya dapati rekaan sebegini lebih selamat  dan tidak mudah tanggal kerana rekaan cangkuk itu.

T2 Galaxy juga merupakan naik taraf dari T1 Galaxy.

Bungkusan

Untuk harga bajet, tidak banyak aksesori lebihan yang dibungkus bersama. Tetapi kehadiran beg bunjut, 6 pasang getah telinga (dan lagi 1 sedia terpasang) berlainan saiz, pembalut wayar dan klip, selain IEM itu sendiri, ini merupakan satu pembelian yang berbaloi.

Pilihan Warna

Ada warna hitam (tidak nampak dalam), sapphire biru, ungu keemasan romatik, dan kelabu hijau elegan.

Kualiti Binaan

Plat belakang besi tahan karat, serta binaan cengkerang yang dibuat menggunkan plastik cantik polycarbonate, dan jejaring besi sebagai pelindung dari tahi telinga anda dan turut berfungsi sebagai sound stager di mana setiap design besi memberi impak terhadap sound stage muzik yang anda sedang dengar.

Wayar dan Sambungan

Bagi yang mengenali dunia audio, ramai yang tahu ada dua sambungan popular di arena IEM ini iaitu MMCX (sambungan berbentuk bulat) dan 0.78mm dua pin. Kesemua IEM dari TFZ didatangi dengan sambungan 0.78mm dua pin. Kelebihan 0.78mm dua pin ialah IEM anda tidak akan mudah bergerak, tetapi kelamahannya ialah apabila anda pasang wayar terbalik, polarity positif dan negatif duduk di kedudukan yang salah menghasilkan bunyi yang pelik.

Wayar yang dibekalkan ialah wayar tembaga tanpa oksigen 4 teras yang disaluti dengan perak. Wayar ini agak berkualiti dan anda tidak perlu membeli wayar yang mahal dengan gimik 'audio lebih baik'. Sambungan di sebelah hujung merupakan sambungan biasa, 3.5mm yang anda boleh cucuk di kebanyakan peranti.

Keselesaan

Cengkerang T2 Galaxy secara jujurnya agak selesa. Bentuk yang tidak pelik dan memenuhi ruangan telinga (luar) menjadikannya kukuh  ketika ia sedang duduk di telinga anda. Getah telinga yang dibekalkan mempunyai 2 saiz lubang berbeza pada 3 saiz getah yang berbeza. Ini bermaksud anda mempunyai pilihan saiz dan lubang yang berbeza.

Lubang yang lebih besar menghasilkan bunyi yang lebih terbuka manakala lubang yang kecil menghasilkan bunyi yang lebih tertutup dan mampat. T2 Galaxy agak berat memandangkan ia mempunyai besi dalam binaan akan tetapi, bagi saya, berat itu tidak menggangu dan anda akan rasa berat bermaksud, berisi (bagus).

Bunyi

Frekunsi bunyi yang dihasilkan T2 Galaxy ialah bercorak V. Ini bermaksud, bunyi yang dihasilkan lebih kepada treble dan low (bass). Tetapi corak V T2 Galaxy ini tidak keterlaluan dan ianya sesuai untuk mereka yang meminati rentak dan keriangan dalam lagu. Mungkin vokal sesetengah penyayi lelaki akan kedengaraan sedikit nipis/halus tetapi alat muzik octave tinggi akan kedengaran lebih jelas dan terperinci. Seperti saya terangkan diatas, T2 Galaxy sebenarnya kedengaran seperti apa penghasil dan artis inginkan.

Staging : Kedalaman dan ketinggian yang sederhana. Bunyi tidak terlalu tenggelam (macam bunyi dalam) dan tidak terlalu terbuka (macam bunyi burung).

Bass: Amat menarik kecuali bass atasan 150Hz - 250Hz. Lagu-lagu kpop, muzik joget elektro, hip-hop kedengaran agak menginzalkan.

Mids: Agak jelas dan tidak terlalu punchy, makanya menghasilkan bunyi-bunyi seksi terutamanya drum dan gitar rhythm/riff.

Highs: Lembut dan tidak terlalu nyaring. Jelas dan dengan banyak instrument highs, anda akan boleh bezakan satu per satu bunyi-bunyi yang datang. Cuma kepada yang tidak biasa, barai telinga nak fokus.

Pengasingan

Getah yang dibekalkan agak selesa dan tertutup rapi, memberikan anda pengasingan yang baik tanpa merosakkan momen anda sedang berjoget menikmati lagu. Ia juga membatalkan bunyi bising secara pasif. Untuk audio yang lebih padu dan lembut pada telinga, anda boleh cuba memory foam ear tips tetapi ear tips jenis ini cenderung untuk rosak cepat dan ia akan menarik tahi telinga anda dengan kerap menjadikan permukaan ear tips anda kelihatan amat kotor! Saya rekomen untuk anda menggunakan jenis getah seperti yang tersedia, dimana masalah kekotoran jarang berlaku kecuali jika anda punya telinga memang kotor yang amat.

Spesifikasi & Kecekapan

Dengan retangan 16 ohms, T2 Galaxy tidaklah sukar untuk dipandu. Kebiasaannya banyak IEMs berada di paras 32-38 ohms, di mana rentangan lagi tinggi menghasilkan output yang lebih jelas, dengan syarat, anda mempunyai amplifier yang bersesuaian. Namun dengan 16 ohms pada T2 Galaxy, fon anda mampu menguasainya.

Kepekaan 110dB mW, menjadikan ia satu unit yang agak kuat dengan kuasa minimum 8 mW. Respon frekunsi 5Hz-40kHz. Ini bermaksud, anda boleh dengar bunyi yang lebih jelas pada tahap maksima pendengaran manusia, 20kHz.

T2 Galaxy dibina menggunakan pemacu bersaiz 12 mm di kedua belah dan ia merupakan graphene magnetik berkembar dengan saiz zarah nano, menghasilkan dua paras response bunyi unik tanpa menggunakan dua pemacu pada setiap belah. (bermaksud, 1 belah ada 1 speaker. lain-lain model ada sehingga 6 speaker di satu belah).

Harga

T2 Galaxy dipasarkan pada paras $60 USD dan kebiasaannya di Malaysia paras harga dari RM250-RM280. Sesetengah kedai claim warna ungu keemasan romantik merupakan edisi khas dan menjual ia pada harga RM340 ke atas. Untuk makluman, itu bukan edisi khas. Itu edisi ketuk harga.

Rumusan

Bunyi yang dihasilkan sesuai untuk semua jenis kegunaan menjadikan T2 Galaxy ini sebenarnya sesuai untuk semua penggemar muzik kasual. Ada yang membandingkan ianya dengan Tin Audio T2 dan T2 Pro namun bagi saya signature Tin Audio tidak sesuai untuk muzik-muzik muzik joget elektro mahupun pop kerana mids dan highs yang lebih jelas, menjadikan anda mengalami tekanan mental. T2 Galaxy, mengelakkan terjadinya sedemikian perkara.

Buat mereka yang meminati muzik yang lebih berkualiti, bolehlah cuba berjinak dengan barisan-barisan IEMs bajet yang cukup untuk kegunaan harian, lasak dan tahan lama. IEMs yang lain dan biasa anda lihat di kedai fon mahupun komputer tidak sama taraf dan kualiti dengan beberapa pengeluar IEMs kelas entri audiophile dan pelaburan anda mungkin tidak berbaloi, seperti pembelian IEMs jenama biasa anda dengar (consumer brand) Audio-Technica, JBL mahupun Sony pada paras harga yang sama. Sesetengah penggemar audio merumuskan, pengeluar IEM seperti TFZ, KZ, MoonDrop dan lain-lain mengeluarkan IEMs harga bawah RM500 tetapi memberi kualiti audio ribuan ringgit.

Saya sendiri memiliki dan meminati T2 Galaxy serta beberapa IEM dan Over-ear Heaphone yang lain. Pelaburan saya terhadap produk TFZ agak berbaloi setakat ini.

Nantikan review saya tentang lagi satu produk TFZ minggu hadapan!

UPDATE: Lupa tulis review lagi satu. Nantikan jelah