You've successfully subscribed to KAKI.Tech
Great! Next, complete checkout for full access to KAKI.Tech
Welcome back! You've successfully signed in.
Success! Your account is fully activated, you now have access to all content.
Success! Your billing info is updated.
Billing info update failed.
TSMC Sedia Pengeluaran Cip 5nm

TSMC Sedia Pengeluaran Cip 5nm

Anaz Haidhar

TSMC antara pembuat kepingan mikrocip terbesar didunia dikatakan masih didalam trek dan sedia untuk mengeluarkan cip bersaiz 5nm pada 1H 2020. Kemungkinan, April depan.

TSMC telah berkerja untuk beberapa tahun untuk mejayakan nod transistor bersaiz 5nm, percubaan generasi kedua menggunakan proses ULV (ultraviolet lithography process) dengan aplikasi EUV (extreme ultraviolet) setelah kejayaan mereka dalam penghasilan nod pemprosesan bersaiz 7nm+.

AMD antara pelanggan TSMC utama mungkin akan dilihat menggunakan teknologi ini seawal tahun depan selari dengan roadmap yang telah diumumkan baru-baru ini, bermula dengan 7nm+ pada tahun ini.

Nod yang lebih kecil memberikan jumlah transistor yang lebih banyak pada saiz permukaan yang sama, dan penggunaan elektrik lebih rendah. Untuk arena komputer dan fon, ini merupakan perkara yang paling ditunggu-tunggu kerana kehadiran nod 5nm membantu mengurangkan haba, penggunaan elektrik atau beteri dan juga prestasi yang lebih pantas.

Oleh kerana saiz yang kecil serta potongan setiap cip lebih kecil berbanding generasi sebelumnya, harga setiap cip tidak semestinya lebih rendah. Ini kerana proses lithography 5nm jauh lebih mahal.