Mod gelap untuk aplikasi menjadi satu trend semenjak 2018. Antara aplikasi yang popular yang telah dilengkapi dengan mod gelap seperti Twitter, Telegram dan Youtube telah menjadi satu norma sehinggakan dengan hadirnya iOS 13 dan Android 10 turut mengikuti trend ini. Bagi kami, mod gelap menjadi satu keperluan di setiap masa, bukan sahaja ia mengurangkan cahaya putih yang silau, malah ia memberi sedikit privasi untuk mereka yang suka buat benda pelik.

Kini, mod gelap telah tiba untuk WhatsApp iOS dan Android dan ia tersedia untuk dikemaskini sekarang tanpa perlu menggunakan laluan beta.
Bagi mereka yang masih belum mengemaskini WhatsApp, silalah kemaskini dan alamai dunia yang lebih gelap.
Pengguna Android yang masih belum boleh lihat kemaskini di Google Play Store boleh muat turun di pautan rasmi ini untuk pemasangan manual.