You've successfully subscribed to KAKI.Tech
Great! Next, complete checkout for full access to KAKI.Tech
Welcome back! You've successfully signed in.
Success! Your account is fully activated, you now have access to all content.
Success! Your billing info is updated.
Billing info update failed.
WWTC - Worldwide Tweak Conference

WWTC - Worldwide Tweak Conference

Anaz Haidhar

Mungkin tidak ramai yang mengetahui, dunia jailbreak iOS kembali semula selepas kekurangan populariti yang berlaku 3-4 tahun lepas. Dengan kedatangan pwn20nd 4 tahun lepas, dan beberapa pengelola eksploit iOS lain seperti CoolStar, dan team checkra1n, dunia jailbreak kembali rancak.

Kini, satu konferens atas talian rasmi dari komuniti jailbreak di reddit r/jailbreak akan dilansungkan melalui platform Twitch dan Discord pada 23 Jun, 1 petang waktu timur Amerika, atau pukul 2 pagi 24 Jun waktu tempatan kita.

Konferens ini mengfokuskan tentang mod-mod pengubahsuaian sistem operasi iOS, baik yang baru atau yang lama dan juga beberapa kemaskini dari pembangun-pembangun terkenal.

Bagi mereka yang meminati, bolehlah sertai Discord rasmi r/jailbreak di pautan ini. Untuk menonton siaran langsun WWTC, bolehlah simpan pautan Twitch ini dan buka pada 24 Jun nanti. Atau, buka sahaja artikel ini dan tunggu live stream di bawah.