You've successfully subscribed to KAKI.Tech
Great! Next, complete checkout for full access to KAKI.Tech
Welcome back! You've successfully signed in.
Success! Your account is fully activated, you now have access to all content.
Success! Your billing info is updated.
Billing info update failed.
Zen 3

Zen 3

Anaz Haidhar

Mungkin tidak ramai yang mengetahui, siri pemprosesan terbaru dari AMD, Ryzen 4000 series dan juga EPYC dibawah seni bina Zen generasi ke 3 akan diperkenalkan kelak. Ini disahkan secara rasmi melalui laman twitter AMD. Beberapa cip prosesor bakal diumumkan terutamanya siri pemprosesan EPYC yang selalunya diumumkan terlebih dahulu berbanding Ryzen kepada khalayak umum. Yang lebih pasti, kita akan dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai seni bina Zen 3. Berapa peratus peningkatan instruksi setiap teras? Berapa jumlah tenaga yang diperlukan untuk mencapai tahap sebegitu? Persoalan itu pasti terjawab pada hari upacara pengenalan Zen 3.

Menurut tweet yang disiarkan lewat malam semalam, bukan sahaja Zen 3 akan diumumkan pada 8 Oktober 2020 malah seni bina RDNA 2 juga akan diumumkan 3 minggu selepasnya iaitu pada 28 Oktober 2020. Sama juga kesnya seperti Zen 3, kemungkinan AMD akan mengumumkan siri Radeon Pro terlebih dahulu dengan sedikit demo permainan video dibawah seni bina ini.

Menariknya, hasil siasatan didalam kod mikro AGESA 1.0.8.1, beberapa penggodam (bukan hacker yang 1337 leet vendetta anonymous tu ye) dapat mengesahkan kehadiran prosesor 10 teras, yang ini merupakan pengenalan terbaru di dalam siri ini yang mungkin menjadi produk dibawah barisan Ryzen 7.

Curve Optimizer juga diperkenalkan di dalam siri pemprosesan Zen 3 di mana ciri ini membenarkan anda mengubah tetapan boost. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menetapkan frekuensi pada setiap teras tanpa sebarang halangan.

Antara ciri baru lain ialah Infinity Fabric Dividers. Ia dikatakan membantu meningkatkan frekuensi pengawal memori. Tiada info lanjut setakat ini, tetapi 8 Oktober menjadi tarikh yang dinanti-nantikan oleh para peminat AMD. Kita tunggu berita selanjutnya.